FAKTOR RUMAH INI TERJUAL DALAM 24 JAM

Ingin tahu bagaimana rumah ini boleh terjual dalam tempoh lebih kurang 24 JAM sahaja?

HartanahTuntas diberi kepercayaan untuk menjual rumah ini oleh pemilik dan kami mula mengiklankan rumah ini pada Sabtu 16 April 2016 dan ianya telah terjual pada 17 April 2016 tanpa si pembeli masuk dan melihat ruangan dalam. Cukup dengan hanya sekadar mengintai-intai rumah dari luar pagar.

Bukan sahaja cepat terjual, malahan kami berjaya menjual pada harga yang diminta penjual TANPA DISKAUN!

Mari kami kongsikan beberapa faktor kenapa rumah ini begitu mudah dijual:

1. PEMILIK MENGGUNAKAN KHIDMAT PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR: Seorang perunding hartanah berdaftar memiliki kemahiran dan capaian pelanggan yang luas. Mereka juga tahu kaedah pengiklanan yang baik dan sesuai untuk dipadankan dengan setiap rumah kerana setiap rumah adalah unik. Pemilik pernah cuba menjual sendiri sebelum ini tetapi tidak berjaya.

2. EXCLUSIVE LISTING: Exclusive listing merupakan cara terbaik pemilik untuk memberitahu “saya percayakan anda sebagai perunding hartanah saya dan buatlah yang terbaik supaya rumah saya dapat dijual”. Sebagai perunding hartanah yang memegang “exclusivity” kami memiliki kuasa penuh untuk kawal harga jualan rumah ini tanpa perlu terlibat dengan manipulasi harga oleh agen-agen lain.

3. RUMAH DIJUAL PADA HARGA PASARAN: Pemilik memilih untuk mendengar nasihat perunding hartanah supaya menjual rumah pada harga pasaran. Ini memudahkan proses mencari pembeli yang berminat, mampu dan paling penting berupaya mendapatkan pembiayaan penuh atau 90% daripada harga jualan.

4. RUMAH DIPELIHARA DENGAN BAIK: Rumah ini berada dalam kondisi “tip top” dan sangat bersih. Hiasan rumah cantik dan turut memiliki aksesori tambahan seperti kabinet dapur dan penghawa dingin. Cat asal masih kekal tanpa sebarang kekotoran. Tiada kerosakan dapat dilihat.

5. HALAMAN RUMAH YANG CANTIK: Halaman rumah dijaga dengan rapi dan diatur dengan pokok-pokok hiasan. Secara psikologinya, pembeli mudah tertarik dengan halaman yang cantik dan jatuh cinta pada pandangan pertama.

6. MEMILIKI GERAN INDIVIDU: Rumah sudahpun memiliki geran individu sebagai bukti pemilikan lengkap. Ini menambah keyakinan pembeli dan memudahkan proses pembiayaan.

7. STATUS PEGANGAN BEBAS (FREEHOLD): Secara amnya, hartanah berstatus freehold memang memiliki permintaan yang tinggi berbanding pajakan (leasehold). Rumah berpegangan bebas juga boleh mencapai harga yang lebih tinggi.

8. BERHADAPAN TAMAN PERMAINAN: Rumah yang terletak berhadapan taman permainan lebih senang terjual terutamanya kepada pembeli yang memiliki anak-anak kecil. Lokasi sebegini bermakna rumah tidak menghadap rumah yang lain dan memberi lebih privasi kepada pemilik rumah.

9. RUMAH DI HUJUNG JALAN (CUL DE SAC): Ini bererti tiada masalah gangguan lalu lintas dan lebih selamat buat anak-anak kecil yang bermain di luar pagar. Lebih mudah untuk mendapatkan ruang letak kereta di luar rumah.

10. GAMBAR BERKUALITI TINGGI: Gambar berkualiti adalah kritikal kepada segala jenis pengiklanan. Kami di Hartanah Tuntas sangat menekankan kualiti gambar yang digunakan dalam setiap pengiklanan kami. Kami tidak menggunakan kemera telefon bimbit tetapi menggunakan DSLR bagi memperolehi kualiti yang terbaik. Atas sebab ini lah pembeli begitu yakin dengan dalaman rumah hanya dengan melihat gambar tanpa perlu masuk ke dalam membuat pemeriksaan.

Kredit: HartanahTuntas

Harynah Samat

Harynah Samat

Our firm is officially registered with the Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents (BOVEA), Malaysia under the name of TRANSASIA PROPERTY CONSULTANCY SDN. BHD. It is an incorporated consultancy firm of Real Estate Agency, Property Valuer, Plant & Machinery Valuer, Project & Property Manager & Property Consultant. We are professionally qualified to undertake valuation/selling/renting of all types of landed properties and property consultancies. It is our profound belief and practice to provide professional real estate services to the real estate sector using the best professional practice standards towards fulfil client’s needs and expectations.
0 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published.